Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : FAQ DIREKTORAT PENGUATKUASAAN  ( 25/04/2013 )
 KETERANGAN :

1. PENGUATKUASAAN TEMPAT LETAK KERETA BERKUPON.

2. PENGUATKUASAAN BINAAN TANPA KEBENARAN.

3. PENGUATKUASAAN LESEN.

4. PENGUATKUASAAN KUNCI TAYAR.

5. PENGUATKUASAAN KERJA TANAH.

6. PENGUATKUASAAN HALANGAN DI TEMPAT AWAM.

7. MEMBANTU JABATAN DALAMAN DAN AGENSI KERAJAAN YANG LAIN MENJALANKAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN .

 :: Soalan-soalan yang berkaitan

1. Berapakah bayaran kompaun ( Kereta ) di kenakan ? a) Bayaran kompaun ialah RM 30.00 ( Jika dibayaran dalam masa 14 hari). b) Sekiranya melebihi 14 hari kadar bayaran kompaun RM 40.00 c) Sekiranya tiada bayaran di terima melebihi 28 hari maka tindakan mahkamah akan diambil. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan denda RM 50.00 . 2. Bagaimana MPSP mendapat alamat kenderaan yang telah disaman ? MPSP akan merujuk kepada JPJ sekiranya kompaun tidak diselesai melebihi 28 hari. 3. Sekiranya Salinan kompaun saya hilang, bagaimana saya hendak mendapat salinan tersebut ? Sila rujuk ke Jabatan Undang-Undang MPSP untuk dapat salinan. 4. Sekiranya saya ingin membayar kompaun, bolehkah saya merayu untuk pengurangan ? Boleh , sila rujuk kepada Pengarah Jabatan Undang-Undang. 5. Bagaimana MPSP memaklumkan kesalahan yang telah saya lakukan ? Melalui Mailler yang akan diposkan. 6. Bagaimana saya hendak mengetahui samada saya mempunyai kompaun tertunggak ? Melalui www.mpsp.gov.my ke perkhidmatan Online Kompaun Letak Kereta. 7. Apakah tindakan MPSP meletak barangan/kenderaan di tempat awam ? Notis dan Kompaun boleh dikeluarkan keatas orang yang menyebabkan halangan tersebut di bawah Sek. 46 Akta Parit Dan Bangunan 1976. 8. Apakah tindakan MPSP sekiranya, premis tidak mempunyai lesen ? Tindakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Lesen MPSP akan di keluarkan ke atas pemilik premis. 9. Apakah Tindakan MPSP terhadap Binaan tanpa kebenaran ? Siasatan dibuat oleh Jabatan Bangunan dan notis akan dikeluarkan oleh Jabatan Direktorat di bawah Sek. 70 Akta Parit dan Bangunan 1974. 10. Apakah tindakan MPSP terhadap kerja tanah tanpa permit ? Tindakan memberhentikan Kerja Tanah tersebut dan kompaun di bawah Sek. 70 a, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. 11. Apakah tindakan MPSP sekiranya kenderaan mengotor jalan dan berdebu ? Tindakan mengkompaun kenderaan di bawah Undang-Undang Kecil 22 (a,b, c dan d ) Undang-Undang Kecil Kerja Tanah. 12. Keadaan yang menyebabkan kenderaan akan di kunci ? Apabila sebuah kenderaan tidak diletakkan di luar petak dan menghalang lalulintas. 13. Apakah kuasa yang digunapakai oleh MPSP untuk mengunci kenderaan ? Perintah Lalulintas Jalan ( Letak Kereta Berkupon ) MPSP 1995 di bawah Perintah 16(1). 14. Berapakah denda perlu di bayar untuk menanggalkan kunci tayar ? RM 50.00. 15. Sekiranya saya enggan membayar, apa tindakan seterusnya ? Selepas jam 6.00 ptg, kenderaan tersebut akan ditunda ke Stor Sitaan MPSP.

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada