Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PERMOHONAN HAK PENGURUSAN DEWAN ORANG RAMAI YANG DIMILIKI OLEH MBSP  ( 06/10/2022 )
 KETERANGAN :

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mempunyai dewan - dewan orang ramai di Seberang Perai yang diserahkan oleh pemaju perumahan kepada MBSP. Majlis Pengurusan Komuniti Kampong (MPKK) atau Persatuan Penduduk (RA) atau Rukun Tetangga (KRT) atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) boleh membuat permohonan hak pengurusan dewan orang ramai yang kosong kepada Jabatan Kemasyarakatan MBSP beserta dengan dokumen - dokumen seperti berikut: i)Salinan watikah MPKK (jika permohonan daripada MPKK) atau Sijil Pertubuhan yang sah (jika permohonan daripada Persatuan Penduduk (RA) atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar). Bagi KRT, surat pengesahan dan sokongan daripada Pejabat Perpaduan diperlukan. ii)Senarai Ahli Jawatankuasa terkini iii)Perancangan aktiviti tahunan. iv)Sokongan MPKK jika permohonan daripada Persatuan Penduduk (RA) atau Rukun Tetangga (KRT) atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). v)Pengesahan atau sokongan dari ADUN bagi kawasan Pakatan Harapan. Bagi KADUN bukan Pakatan Harapan perlu mendapat pengesahan daripada pegawai penyelaras Pakatan Harapan. Permohonan yang diluluskan oleh Majlis Penuh MBSP akan diberi hak pengurusan dewan orang ramai selama tempoh setahun dengan mengenakan bayaran hak pengurusan (bersamaan bayaran gantian cukai tanah terkini) dan deposit sebanyak RM 100.00. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai Jabatan Kemasyarakatan MBSP di talian 04 - 5497489.

 :: Soalan-soalan yang berkaitan

Bagaimana hendak memohon hak pengurusan Dewan Orang Ramai MBSP ?

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada