1. Berfungsi dalam memberikan khidmat sokongan berkaitan undang-undang kepada semua Bahagian dengan cara mengkaji, menyelidik dan memberi pendapat perundangan dalam sesuatu kes yang melibatkan MAINPP
2. Mewakili MAINPP dan memberi arahan kepada panel peguam MAINPP dalam mengendalikan kes-kes mahkamah yang melibatkan kepentingan MAINPP.
3. Melaksanakan dan menyelesaikan semua tuntutan sivil oleh dan terhadap MAINPP termasuk menyemak penyata tuntutan atau penyata pembelaan dan lain-lain dokumen prosiding mahkamah dan menentukan semuanya dalam keadaan teratur.
4. Mengeluarkan Notis terhadap penyewa/penghuni premis/tanah MAINPP yang tidak mematuhi syarat-syarat perjanjian serta menguruskan tindakan mahkamah untuk mendapatkan tunggakan sewa dan milikan kosong premis/tanah.