1) Bolehkah sesiapa memohon untuk menggunakan tanah yang ditetapkan sebagai "Rizab Sungai"?
Secara umumnya JPS tidak menggalakkan permohonan untuk menggunakan rizab sungai kita kerana kami perlu memasukinya pada bila-bila masa untuk kerja pembaikan kecemasan dan juga untuk penyelenggaraan sungai. Walau bagaimanapun, kami mungkin mempertimbangkan permohonan tertentu berdasarkan kes demi kes.
2)Kepada siapakah saya melaporkan tentang setinggan yang menduduki rizab sungai?
Jika anda nampak setinggan mula menduduki rizab sungai, lalu menyebabkan pengotoran dan pencemaran sungai, anda boleh menghubungi JPS dengan segera. JPS akan menghubungi pihak berkuasa yang berkenaan untuk memindahkan setinggan secepat mungkin. |