FAQ PEMBAYARAN CUKAI TANAH ONLINE – Portal eTanah
http://etanah.penang.gov.my
1. Di mana saya boleh bayar cukai tanah secara online?
Bayar sama ada melalui Portal eTanah (http://etanah.penang.gov.my) atau melalui Portal eBayar (http://ebayar.penang.gov.my). Jika bayar melalui portal eBayar, mohon maklumkan kekurangan yang akan dihadapi jika tidak mendaftar terutama tidak dapat cetak semula resit bayaran cukai tanah bila diperlukan di masa akan datang.
2. Bolehkah saya bayar cukai tanah dan cukai taksiran online?
Ya boleh, cukai tanah di Portal eTanah dan cukai taksiran dan juga cukai tanah di Portal eBayar.
3. Mana lebih baik bayar guna kad kredit atau kad debit?
Pembayaran secara debit tidak perlu berhutang dan caj perkhidmatan yang bank kenakan lebih murah iaitu RM0.50 per transaksi tetapi bayaran melalui kad kredit perlu berhutang dan caj perkhidmatannya agak tinggi iaitu 1.8% bagi keatas jumlah bayaran bagi setiap transaksi.
4. Bolehkah saya bayar cukai tanah online melalui portal bank seperti maybank2u.com atau CIMB Clicks?
Tidak boleh, kerana tiada kemudahan pembayaran cukai tanah secara online melalui portal bank untuk Pulau Pinang. Perlu melalui portal yang disediakan iaitu portal eTanah atau portal eBayar. (Jika masih ditanya kenapa tidak disediakan – JAWAPAN: Urusan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
5. Bolehkah saya mencetak semula resit bayaran cukai tanah online yang telah dibayar?
Ya boleh, jika bayaran sebelum ini dibuat melalui portal eTanah, dengan klik pada menu Cetak semula resit, masukkan nombor akaun cukai tanah, klik cari, pilih dan klik tarikh resit yang disenaraikan, dan klik jana resit. Jika bayaran dibuat melalui portal eBayar, maka tidak boleh cetak resit di portal eTanah. Pengguna perlu menjadi sebagai pengguna berdaftar terlebih dahulu untuk membolehkan kemudahan ini digunakan di Portal eBayar dan bayaran sebelum pendaftaran tidak akan disimpan. (Jika perlu resit online juga, perlu mohon melalui eBayar WebAdmin)
6. Bolehkah saya sekalikan bayaran untuk 2 ke 3 akaun cukai tanah dengan sekali bayaran agar jimat saya tak kena caj perkhidmatan lebih?
Tidak boleh. 1 akaun cukai tanah untuk 1 bayaran.
7. Saya dah bayar cukai tanah online, tapi sampai sekarang tiada status?
Jika pelanggan bayar pada hari yang sama, mohon maklumkan tunggu sehingga 1 hari bekerja untuk pemprosesan dan pengesahan bayaran oleh pihak Bank dan Pejabat Tanah (kemungkinan berlaku attempt payment pada bayarannya, selalunya on time/real time update).
8. Saya pergi semak bayaran online saya tadi di kaunter Pejabat Daerah tapi tak dak bayaran saya lagi.
Jika dibayar pada hari yang sama, sila semak melalui Portal eTanah dan Portal eBayar jika berdaftar (belum replikasi ke Pej Daerah – replikasi transaksi online hari ini hanya dapat disemak di kaunter Pej. Daerah keesokan harinya kecuali jika disemak di kaunter PTG).
9. Lepas bayar cukai tanah online, saya hairan tunggu lama dah bunga tu pusing 10, 15 minit dan sudah dekat setengah jam tunggu, check akaun bank duit dah potong & resit bank dah successful?
Bayaran telah selesai, sila semak bayaran keesokan harinya. Jika masih tiada apa-apa status, mohon hubungi PTG.
10. Saya telah berdaftar dan cuba beberapa kali dah tambah akaun cukai tanah saya pada portal e-Bayar tapi tak masuk-masuk nombor akaun cukai tanah tu.
Sila pastikan menggunakan web browser Mozilla Fire Fox. Jika pengguna masih ingin guna internet explorer juga, masalah ini akan berlaku dan setelah tambah nombor akaun, memerlukan pengguna tutup semula internet explorer dan buka semula selepas 10 ke 15 minit.
11. Saya sudah sampai setengah jalan nak bayar cukai tanah. Bila klik nak pilih jenis bank bayaran tak keluar apa-apa pun.
Sila pastikan pop-up blocker telah ditutup/off kan.
12. Saya cuba beberapa kali nak bayar pakai kad kredit tapi asyik tak boleh?
Mohon semak baki kad kredit sama ada telah habis baki atau belum dibuat bayaran pada kad kredit.
13. Apa ni mahal sangat 1.8% bayar pakai kad kredit, lain tempat free sahaja bayar online.
Urusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
14. “PTG service is not available” keluar mesej ni waktu nak bayar cukai tanah online.
Server down di PTG(server staging). Maklum segera pada PTG atau PTG sedang mengambil tindakan.
15. Bagaimana saya nak tukar alamat saya pada bil cukai tanah?
Boleh gunakan kemudahan PTGBil di Portal Rasmi PTG di alamat http://ptg.penang.gov.my/ptgbil
16. Saya nak dapatkan borang tanah dimana boleh saya dapatkan?
Melalui Portal Rasmi PTG pada menu Perkhidmatan Online/Online Services klik Muat Turun Borang/Form Download Online. |