Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
  NADIA FARADILA BINTI JALAWI   04-5497622 nadiafaradila@mbsp.gov.my
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PERMOHONAN PEMASANGAN LIGHT BOX PADA TIANG LAMPU JALAN MPSP  ( 20/09/2014 )
 KETERANGAN :

10. Penyewa tidak dibenarkan menyerah milik, menyerah hak, menyewa kecil atau memberi hak pengurusan light box kepada mana-mana pihak ketiga melainkan dengan kebenaran bertulis daripada MPSP.

11. Penyewa perlu memasang notis ” Dilarang Meletak Streamers / Sepanduk Pada Tiang Lampu Ini Kerana Telah Disewakan ” pada setiap tiang lampu yang disewa. Penyewa juga tidak boleh membuat sebarang tambahan atau pindaan atau meruntuhkan mana-mana bahagian tiang lampu selain daripada yang terdapat dalam syarat-syarat sewaan.

12. Penyewa hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya serta menanggung segala tuntutan daripada pihak ketiga sekiranya berlaku apa-apa kemalangan yang diakibatkan olehnya. Penyewa hendaklah mengambil Polisi Insurans Tanggungan Awam semasa berkuatkuasanya perjanjian penyewaan ini dan hendaklah melindungi MPSP daripada sebarang tuntutan pihak ketiga. Salinan asal insuran hendaklah diserahkan kepada MPSP.

13. Penyewa hendaklah menanggung sepenuhnya kos pembaikan dan penyelenggaraan light box semasa berkuatkuasanya perjanjian ini.

14. Penyewa hendaklah memastikan light box dan tiang lampu diselenggarakan dengan baik. MPSP berhak mengarahkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan mengikut kehendak MPSP sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan didapati tidak memuaskan.

15. Penyewa hendaklah membenarkan MPSP atau agennya pada bila-bila masa untuk memeriksa light box tersebut bagi menentukan ianya sentiasa berada di dalam keadaan baik dan sempurna.

16. Penyewa tidak boleh mempamerkan apa-apa papan iklan mengenai apa-apa tred atau perniagaan kecuali menurut syarat lesen yang dikeluarkan MPSP dan kadar bayaran lesen iklan setahun adalah sebanyak RM 80.00 sepertimana Akta Kerajaan Tempatan 1976 Undang-Undang Kecil (Iklan ) Majlis Perbandaran Seberang Perai 2001. Penyewa perlu mengemukakan salinan sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan permohonan tersebut.

17. Penyewa hendaklah tidak mempamerkan iklan-iklan menggunakan bahasa yang salah atau mempamerkan gambar-gambar yang lucah serta keterlaluan sehingga menyebabkan kekeliruan atau kegusaran kepada orang awam. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan bagi semua iklan sama ada ianya sahaja atau bersama dengan apa-apa bahasa lain. Jika Bahasa Malaysia digunakan bersama dengan apa-apa bahasa lain dalam sesuatu iklan, perkatan-perkataan dalam Bahasa Malaysia itu hendaklah berukuran lebih besar dan ditunjukkan dengan lebih jelas daripada segi keutamaan dan kedudukan penglihatan, daripada perkataan-perkataan dalam mana-mana bahasa lain itu. Bagi tujuan ini penyewa perlu merujuk kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk tujuan pengesahan.

18. MPSP boleh menamatkan perjanjian penyewaan,tanpa memberikan apa-apa pampasan kepada penyewa sekiranya;

a. Penyewa diisytiharkan muflis.

b. Terdapat arahan secara bertulis daripada Kerajaan bahawa tiang-tiang lampu jalan yang diletakkan light box itu perlu diubah, dipindahkan atau dibuang atas

sebab-sebab tertentu.

c. Penyewa didapati melanggar mana-mana syarat sewaan yang ditetapkan oleh MPSP.

19. Mana-mana pihak boleh menamatkan perjanjian pada bila-bila masa sepanjang tempoh sewaan tersebut dengan memberi satu (1) bulan notis bertulis kepada pihak yang satu lagi.

20. Penyewa hendaklah menyerah kembali tiang lampu dan menanggalkan sepenuhnya light box yang dipamerkan selewat-lewatnya 2 minggu selepas tamatnya tempoh sewaan atau apabila berlaku penamatan awal tanpa menuntut apa-apa pampasan. Jika gagal, MPSP berhak menanggalkan/membuang light box tersebut dan segala kos yang terlibat akan di tolak daripada wang cagaran.

21. Sekiranya Penyewa ingin menyambung sewaan, permohonan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kejuruteraan MPSP selewat-lewatnya 30 hari sebelum tamat tarikh sewaan.

22. Kesemua tiang-tiang lampu yang ditawarkan untuk diletakkan light box adalah menggunakan konsep 'as is where is basis'.

23. Satu perjanjian hendaklah ditandatangani diantara Penyewa dan MPSP. Segala kos untuk penyediaan perjanjian sewaan dan duti setem adalah ditanggung sepenuhnya oleh penyewa.

24. MPSP berhak mengarahkan penyewa menurunkan iklan berkenaan dengan serta-merta dan segala kos yang terlibat mengenainya ditanggung sepenuhnya oleh penyewa. Penyewa juga hendaklah dengan segera mematuhi arahan MPSP tersebut.

25. Pihak MPSP berhak membuat sebarang pindaan ke atas syarat-syarat penyewaan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

 

SYARAT-SYARAT PENYEWAAN TIANG LAMPU JALAN AWAM MILIK MPSP UNTUK PEMASANGAN IKLAN BERCAHAYA (LIGHT BOX)

1. Tempoh sewaan bergantung kepada permohonan dan diluluskan oleh MPSP ( Tempoh minimum sewaan adalah 1 tahun ). Manakala kadar sewaan minimum bagi pemasangan light box pada tiang lampu jalan adalah seperti berikut :-

a) Pemasangan Light box jenis paparan LED/LCD – RM 200 / Unit tiang

b) Pemasangan light box jenis lampu pandaflour – RM 110 / Unit tiang

2. Bagi Setiap light box yang di pohon, pemohon di kehendaki menyediakan 10 % daripada ruang iklan untuk tujuan iklan kerajaan yang mengandungi gambar / slogan ”cleaner, greener penang”atau ”Bersih Dan Indah” dibahagian bawah iklan tersebut. Gambar / slogan berwarna tersebut boleh di perolehi di laman sesawang MPSP (www.mpsp.gov.my).

3. Pemohon adalah di anggap telah melawat tapak untuk memastikan sendiri liputan kerja yang terlibat dan corak mengenai keadaan kerja dan mengenal serta membiasakan diri sepenuhnya dengan sebarang hindaran, halangan-halangan dan lain-lain keadaan di tapak sebelum mengemukakan permohonan penyewaan tiang lampu untuk pemasangan light box. Pemohon tidak di benarkan mengurangkan bilangan tiang lampu yang di sewa setelah surat tawaran dikeluarkan.

4. Pemasangan light box jenis paparan LED/LCD di persimpangan lampu isyarat, lintasan pejalan kaki dan tempat yang boleh menyebabkan gangguan kepada lalulintas adalah tidak dibenarkan. Manakala pemasangan light box jenis lampu pandaflour adalah dibenarkan memandangkan lightbox menggunakan bekalan berasingan dan dengan adanya light box di kawasan tersebut, kawasan berkenaan masih akan menerima cahaya sekiranya terdapat kerosakan atau trip kepada lampu jalan MPSP.

5. Deposit sewaan adalah sebanyak kadar sewaan bagi Tiga (3) bulan bagi setiap tiang lampu yang diletakkan light box.

6. Bayaran sewaan dan deposit sewaan hendaklah dijelaskan oleh penyewa secara sekaligus sebelum sewaan dimulakan. Tarikh pengiraan sewaan bermula 30 hari selepas surat tawaran dikeluarkan oleh MPSP.

7. Ketinggian light box yang dipasang hendaklah sekurang-kurangnya 17 kaki dari aras tanah atau jalan. Manakala saiz maksimum light box yang dipasang adalah 4 kaki lebar (L) X 8 kaki tinggi(T) dan perlu mendapatkan pengesahan daripada jurutera perunding bertauliah mengenai kebolehupayaan saiz light box tersebut di tampung oleh struktur tiang lampu dan perlu di sahkan juga pada pelan permohonan yang dikemukakan.

8. Penyewa dikehendaki menyediakan meter dan pendawaian berasingan bagi setiap light box yang dipasang pada tiang lampu yang disewakan. Pemasangan pendawaian perlu dilakukan oleh orang kompeten sepertimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan dipersetujui oleh MPSP.

9. Penyewa hendaklah membayar semua caj bagi bekalan yang terlibat dan lain-lain bayaran disepanjang tempoh sewaan.

 :: Soalan-soalan yang berkaitan

APAKAH SYARAT-SYARAT PENYEWAAN TIANG LAMPU JALAN AWAM MILIK MPSP UNTUK PEMASANGAN IKLAN BERCAHAYA ( LIGHT BOX ) ?

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
BORANG PERMOHONAN LIGHT BOX.pdf BORANG PERMOHONAN PEMASANGAN LIGHTBOX PADA TIANG LAMPU JALAN MPSP
slogan light box.pdf CONTOH SLOGAN PADA LIGHTBOX
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada