Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
  MUHAMMAD BIN MUSA   04-6505259 muhammad.musa@jkm.gov.my
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PERKHIDMATAN KAUNSELING  ( 14/08/2018 )
 KETERANGAN :

Intervensi Kaunseling

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara professional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor mengikut kod etika kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diridan mampu membuat keputusan sendiri. Jenis-jenis Intervensi Kaunseling seperti berikut :

Kaunseling Individu - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka diantara seorang kaunselor dengan seorang klien.

Kaunseling Kelompok - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara seorang atau lebih dengan beberapa orang klien.

Kaunseling Perkahwinan - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara kaunselor dengan pasangan suami isteri.

Kaunseling Keluarga - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara seorang kaunselor atau lebih dengan klien bersama ahli keluarga klien.

E -Kaunseling / Tele Kaunseling - Satu bentuk perhubungan menolong secara tidak bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien.

 

Ujian Penaksiran Psikologi

Merupakan satu kaedah pengukuran untuk melihat dan mengenalpasti ciri-ciri psikologikal seperti tret personaliti, kompetensi, konsep kendiri, tahap stress, kemurungan, komunikasi dan lain-lain.

 

Advokasi dan Outreach

Merupakan program kepada komuniti yang berisiko.

 

Intervensi Pendidikan

Merupakan pendekatan yang memberi fokus kepada situasi kritikal dengan memberi perhatian serta merta kepada peristiwa tersebut seperti keganasan rumah tangga, perceraian, pergaduhan, konflik, bencana alam (banjir, Tsunami, tanah runtuh dan lain-lain) dan lain-lain.

 

Program Psikopendidikan

Merupakan program yang menekankan aspek pertumbuhan, perkembangan dan pencegahan. Antara program-program yang dilaksanakan ialah kebolehan daya tindak (coping ability), pengurusan marah, pengurusan stress, pengurusan masa, analisa pembuatan keputusan, pengurusan kebimbangan, pengurusan kewangan, kemahiran keibubapaan, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pembimbing Rakan Masyarakat (PERAMA) dan lain-lain.

 

Perkhidmatan Konsultansi

Menyediakan perkhidmatan konsultansi psikologi kepada kumpulan sasar dan kakitangan jabatan.

 

Bengkel Interaktif

Merupakan peruntukan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 yang mewajibkan kehadiran ibu / bapa / penjaga dan anak mereka menjalani program intervensi yang ditetapkan. Intervensi ini bertujuan memperbaiki kefungsian keluarga. Melalui intervensi tersebut, keluarga akan mempelajari kaedah mengenalpasti permasalahan, menyelesaikan masalah serta menggunakan pendidikan dan pengetahuan terbaik menguruskan sistem kekeluargaan mereka.

 

Program Pengupayaan Kendiri Kakitangan

Merupakan satu program pengurusan sumber manusia sektor awam yang diwujudkan berdasarkan Pekhidmatan Awam Bil. 18 Tahun 2005. Antara program-program yang dilaksanakan ialah ujian penaksiran psikologi, pengurusan stress, pengurusan emosi (EQ), Pembimbing Rakan Sekerja, Retreat Kaunseling Kelompok dan lain-lain.

 

Peningkatan Kualiti Perkhidmatan

Mengadakan kerjasama kesepakaran dengan IPTA dalam bidang perkhidmatan kaunseling.

Mengadakan penyelidikan berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling.

 

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada