Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : TEMPAHAN PENGGUNAAN PUSAT KEGIATAN SUKAN AIR TANJUNG BUNGAH  ( 02/10/2017 )
 KETERANGAN :

Pusat Kegiatan Sukan Air ini didirikan adalah untuk menyediakan kemudahan kepada Persatuan-Persatuan Sukan Air dalam negeri ini untuk mengadakan aktiviti-aktiviti sukan air kepada ahli-ahli mereka dan juga orang ramai. Disamping itu, Pusat Kegiatan Sukan Air ini juga bertujuan untuk memajukan lagi aktiviti sukan air dalam negeri Pulau Pinang.

Aktiviti yang dijalankan di Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah adalah seperti berikut:

  • Pembangunan Sukan Air Atlet-Atlet Negeri Pulau Pinang
  • Pembangunan Sukan Air untuk Persatuan Sukan Air di Negeri Pulau Pinang
  • Sukan Berkenu, Kayak, Optimist, Perahu Layar dan Perahu Naga
  • Aktiviti Memancing
  • Tempat Berkelah dan Acara Sosial
  • Asrama Penginapan
  • Pusat Bina Diri & Semangat Motivasi
  • Bola Tampar Pantai
  • Futsal Pantai
  • Ceramah dan Kursus
  • BBQ Pit

 

Selain daripada penggunaan oleh masyarakat setempat dan masyarakat Pulau Pinang, Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah juga menjadi pusat utama untuk pembangunan sukan air oleh atlet-atlet Negeri Pulau Pinang melibatkan acara pelayaran seperti Optimist, Kayak dan Kenu. Sebuah gelanggang bola tampar pantai juga disediakan kepada Persatuan Bola Tampar Pulau Pinang untuk pelaksanaan program pembangunan dan latihan sukan bola tampar pantai.

Sila rujuk kepada laman web http://msnpp.penang.gov.my/index.php/ms-MY/direktori-msnpp-2014/pusat-kegiatan-sukan-air

 

 :: Soalan-soalan yang berkaitan

Apakah kegiatan sukan yang boleh dilaksanakan di Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah?

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
  • http://msnpp.penang.gov.my/index.php/ms-MY/direktori-msnpp-2014/pusat-kegiatan-sukan-air