Apa perlu saya buat untuk mendapatkan gerai di kompleks-kompleks dan pasar MPSP?
Semua permohonan untuk mendapatkan gerai di kompleks-kompleks dan pasar awam MPSP perlu dibuat melalui Temuduga Terbuka MPSP. Temuduga ini dijalankan di Ibupejabat MPSP pada setiap bulan. Tuan boleh menyemak iklan kekosongan gerai yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelesenan dan ditampalkan di kompleks-kompleks dan pasar awam MPSP untuk mendapatkan maklumat berkenaan kekosongan gerai. Selain itu, tuan juga boleh berhubung dengan Unit Penjaja dan Peniaga Kecil di Jabatan Pelesenan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini. Talian untuk berhubung dengan unit tersebut adalah di 04-5497682 atau 04-5497685. |