J1. MPSP mempunyai kemudahan-kemudahan sukan dewan dan seperti di Kompleks Sukan Bertam, Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi, Kompleks Sukan Sony, Kompleks Sukan & Rekreasi SPT. Kemudahan-kemudahan ini sesuai digunakan untuk aktiviti sosial dan bersukan. Orang ramai yang berminat untuk mengguna kemudahan-kemudahan tersebut boleh membuat pertanyaan atau semakan tempahan melalui talian 04-5497488 (Encik Shahril Hezri bin Ishak). Tempahan kemudahan sukan dan dewan boleh dibuat melalui kaunter berpusat MPSP di Ibupejabat MPSP Bandar Perda, Bukit Mertajam. Orang ramai juga boleh membuat tempahan melalui tempahan on-line di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my.
J2. Dewan Milenium sesuai digunakan untuk majlis keraian berskala besar yang melibatkan jumlah pengunjung melebihi 500 orang atau lebih. Pertanyaan mengenai kemudahan yang disediakan dan maklumat tempahan boleh terus dibuat melalui talian 04-5793894 atau 012-4796865 (Puan Salwa-PDC) atau hadir terus ke Pejabat Pentadbiran Dewan Milenium, Bertam, Kepala Batas.
J3. Permohonan penggunaan kemudahan hendaklah dibuat tujuh (7) hari sebelum tarikh penggunaan.
Nota : Permohonan atau tempahan hendaklah dialamatkan kepada Pengarah Kemasyarakatan, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar PERDA, 14000 Bukit Mertajam. Tempahan juga boleh dibuat di laman web MPSP secara online (kecuali Dewan Milenium dan kemasukan yang bertiket). Pertanyaan atau keterangan lanjut boleh dibuat melalui talian 04-5497488 (Encik Shaharil Hezri bin Ishak atau Cik Nurul Nadia bt Johari) atau email kemasyarakatan@mpsp.gov.my.