MPSP kini mempunyai sistem perkhidmatan SMS yang bertujuan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kepada masyarakat Seberang Perai.MPSP tidak mengenakan caj tambahan untuk setiap penghantaran mesej. Setiap penghantaran mesej adalah bergantung kepada caj oleh syarikat telekomunikasi terbabit.
Sistem SMS menawarkan 5 perkhidmatan iaitu :-
1)Membuat semakan mengenai bil cukai.
Taip KADAR space <no akaun bangunan/tanah>
2)Membuat semakan berkenaan kompoun kereta.
Taip KOMPAUN space <no kereta>
3)Membuat semakan tender yang ditawarkan.
Taip TENDER LIST untuk senarai tawaran tender
Taip TENDER space <no tender> untuk butir tawaran
Taip TENDERO LIST untuk senarai tender yang telah dibuka
Taip TENDERO space <no. tender> untuk senarai maklumat tender tertentu
4)Membuat pertanyaan inbois.
Taip INBOIS space <kod pembekal> space <no. inbois>
5)Semakan status lesen .
Taip LESEN space <jenis lesen> space <no. akaun> space <no. kad pengenalan>
Kod untuk jenis lesen :-
A - Lesen Am
H - Lesen Hiburan
I - Lesen Industri
P - Lesen Penjaja
V - Lesen Veterinar
Semua SMS hendaklah di hantar ke talian 0124100300. Sistem SMS akan menghantar mesej bantuan sekiranya maklumat yang dihantar tidak menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan.