Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
  AZZIMI BIN SAIDIN   04-6505412 azzimi@penang.gov.my
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA  ( 25/06/2013 )
 KETERANGAN :

1.         DEFINISI

 

Lesen Pendudukan Sementara ialah satu bentuk pelupusan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri iaitu satu cara di mana Pihak Berkuasa Negeri membenarkan tanah tertentu diduduki atau digunakan seperti yang diperuntukan di dalam Seksyen 42(1)(c), KTN.

 

2.         PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

 

2.1       Seksyen 42(1)(c), KTN.

 

Kuasa pelupusan

 

(1)       Tertakluk kepada subseksyen (2), Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai kuasa di bawah Akta ini –

 

(c) untuk membenarkan pendudukan tanah Kerajaan, tanah rizab dan tanah lombong di bawah lesen pendudukan sementara yang dikeluarkan selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab 2, Bahagian Empat;

 

2.2         Seksyen 43, KTN

 

Orang-orang dan badan-badan kepada siapa tanah boleh dilupuskan.

           

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian Tiga Puluh Tiga (A), kuasa pelupusan yang diberi kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh seksyen 42 bolehlah dijalankan hanya bagi memihak, dan permohonan untuk menjalankan kuasa itu bolehlah diterima hanya daripada, orang-orang atau badan-badan berikut –

 

(a)          orang-orang benar selain daripada remaja;

(b)          perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah;

(c)          raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan Ordianan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957;

(d)          badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain:

 

Dengan syarat bahawa tidaklah perlu bagi sesebuah perbadanan mempunyai kuasa memegang tanah untuk membolehkannya memohon, dan dikeluarkan kepadanya, suatu permit untuk mengeluarkan dan mengambil bahan-bahan batuan.

 

2.3       Seksyen 65, KTN

 

Kuasa melesenkan pendudukan sementara tanah Kerajaan, tanah lombong dan tanah rizab.

 

(1)       Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab ini dan mana-mana kaedah di bawah seksyen 14, membenarkan pendudukan sementara di bawah lesen -

 

(a)          tanah Kerajaan;

(b)          tanah lombong yang bukan pada masa itu digunakan untuk maksud-maksud perlombongan;

(c)          tanah rizab yang bukan pada masa itu digunakan untuk maksud-maksud yang ia dirizabkan.

 

(2)       Lesen-lesen pendudukan sementara bolehlah dikeluarkan untuk apa-apa maksud selain daripada apa yang dilarang oleh subseksyen (2) seksyen 42.

 

2.4       Seksyen 66, KTN

 

            Pengeluaran lesen-lesen pendudukan sementara.

           

            Lesen-lesen pendudukan sementara bolehlah, tertakluk kepada apa-apa arahan yang bertentangan oleh Pihak Bekuasa Negeri dan kepada peruntukan-peruntukan  mana-mana kaedah di bawah seksyen 14, dikeluarkan atau diperbaharui bagi Pihak Berkuasa Negeri –

 

(a)          dalam kes tanah Kerajaan, oleh Pentadbir Tanah;

(b)          dalam kes tanah lombong, oleh Pentadbir Tanah yang bertindak dengan kelulusan –

(i)            Inspektor Kanan Galian, atau mana-mana pegawai lain yang buat masa itu ditugaskan dengan pentadbiran di dalam Negeri itu mengenai mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan perlombongan, dan juga dengan kelulusan mana-mana pemegang pajakan tanah itu;

(ii)          Orang atau badan yang buat masa itu berhak kepada faedah pajakan atau sijil perlombongan yang dipersoalkan;

(c)          dalam kes tanah rizab –

(i)            oleh Pentadbir Tanah yang bertindak dengan kelulusan pegawai yang buat masa itu mempunyai kawasan ke atasnya; atau

(ii)          oleh pegawai itu, bila dan setakat mana yang dia diberi kuasa bagi tujuan itu oleh Pihak berkuasa Negeri:

 

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh memberi kuasa kepada Pentadbir Tanah untuk mengeluarkan lesen pendudukan sementara berkenaan dengan mana-mana sungai sebagaimana yang diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta bagi maksud proviso ini.

 

            2.5       Seksyen 67, KTN.

 

Jangka masa, syarat-syarat, dll., dan bentuk lesen-lesen pendudukan sementara.

 

(1)          Kecuali setakat mana yang ditetapkan sebaliknya, tiap-tiap lesen pendudukan sementara selain dari yang mana seksyen 69 dipakai (iaitu, satu lesen pendudukan sementara yang disatukan dengan satu permit untuk mencabut dan memindah bahan batuan) hendaklah dikeluarkan bagi suatu tempoh yang tamat tidak lewat daripada penghujung tahun kalendar dalam mana ia bermula dan tertakluk kepada subseksyen (3) bolehlah diperbaharui pada tiap-tiap rahun:

 

Dengan syarat bahawa satu lesen yang dikeluarkan untuk maksud membolehkan mana-mana pertunjukan atau hiburan awam diadakan bolehlah dikeluarkan untuk apa-apa tempoh lain sebagaimana yang sesuai dalam keadaan-keadaan itu.

 

(2)          Tiap-tiap lesen pendudukan sementara hendaklah mempunyai kesan tertakluk kepada apa-apa peruntukan sebagaimana yang terkandung di dalamnya dan setakat mana yang tidak bercanggah dengannya, kepada apa-apa peruntukan lain yang mungkin ditetapkan.

 

(3)          Tertakluk kepada syarat di bawah mana satu lesen pendudukan sementara telah dikeluarkan, Pentadbir Tanah bolehlah, atas permohonan oleh pemegang lesen membaharui lesen sedemikian bagi satu tempoh yang tidak lebih dari satu tahun kalender:

 

Dengan syarat bahawa tidaklah ada lebih dari tiga pembaharuan yang dibuat berkenaan dengans esuatu lesen pendudukan sementara melainkan suatu kebenaran bertulis yag diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri telah didapati terlebih dahulu.

 

(4)          Tiap-tiap lesen pendudukan sementara selain dari yang mana seksyen 69 dipakai hendaklah dalam Borang 4A, dan dalam kes pembaharuan lesen sedemikian ia hendaklah diendorskan dengan suatu kes pembaharuan itu dan tarikh yang ia dijangka tamat.

 

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
senarai semak LPS.doc SENARAI SEMAK LPS
carta alir LPS.doc CARTA ALIR
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada