Kaunter Berpusat
MPSP kini menyediakan perkhidmatan kaunter berpusat. Kaunter ini menempatkan semua perkhidmatan pelbagai jabatan MPSP di satu tempat, supaya ianya mudah dikunjungi oleh para pelanggan. Kaunter Berpusat beroperasi di Tingkat Bawah, Bangunan Ibupejabat MPSP, bandar Perda. Ianya dibuka pada hari-hari bekerja mulai 7.30 pagi sehingga 5.30 ptg.
Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah:
· Aduan.
· Khidmat nasihat mengenai perkhidmatan Majlis.
· Jualan Borang Tender dan Sebutharga
· Tempahan dan Sewa Kompleks Sukan,dewan dan fasalitis Majlis
· Pengambilan cek
· Permohonan Lesen perniagaan (Am, Industri dan Penjaja)
· Permohonan Gantung Kain Pampang/Banting)
· Permohonan sewaan ruang legar Mpsp
· Permohonan Lesen Patil Anjing
· Permohonan Petak Khas
· Pendaftaran Sebutharga,Invois dan Inden
· Permohonan Tukar Alamat Pos
· Permohonan Tukar Hakmilik Harta
· Permohonan Nombor Patil
· Semua jenis bayaran bil dan hasil majlis
Pusat Setempat di wujudkan bagi memudahkan proses Kebenaran Merancang dan Kelulusan Pelan Bangunan serta Sijil Kelayakan Menduduki untuk meransang pertumbuhan ekonomi melalui 'Government Delivery System' yang cekap.
Antara perkhidmatan yang disediakan di kaunter setempat ini ialah :
· Menyelaras, mengawal dan memantau proses permohonan Pelan Bangunan, Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) dan Permohonan Kebenaran Merancang dari pemohon kepada PBT dan Agensi Teknikal.
· Melapor status permohonan Pelan Bangunan dan Permohonan Kebenaran Merancang ke KPKT dan Kerajaan.
· Mengenalpasti masalah permohonan tersebut dan memberi cadangan penyelesaian.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :- 04-5497701 (Tel)
Kaunter bayaran MPSP berlokasi di Tingkat Bawah, Bangunan MPSP iaitu di bawah Kaunter Berpusat. Selain dari itu, perkhidmatan kaunter bayaran secara pandu bayar atau 'drive-in' juga disediakan.
Kaunter bayaran secara amnya beroperasi pada hari bekerja bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 ptg.
BandarPerda: 04 5497697
Butterworth: 04 3105571
Nibong Tebal: 04 5831620 / 5824355
Perkhidmatan yang disediakan dikaunter bayaran adalah:
· Semua bil-bil MPSP
· Bil elektrik
· Bil perkhidmatan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang Berhad
· Bil air
· Bil-bil cukai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)