Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
  MOHAMAD HAZRUL BIN HASSAN   04-5497625 mohamadhazrul@mbsp.gov.my
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PERMOHONAN UNTUK PENGOREKAN JALAN DAN RIZAB JALAN DI DALAM TAMAN PERUMAHAN  ( 20/09/2014 )
 KETERANGAN :

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON?
1.    Permohonan pengorekan jalan hendaklah dikemukakan oleh Pemaju, Juruperunding, Syarikat Utiliti atau Agensi-agensi Kerajaan mahupun swasta yang berkaitan.
 
2.    Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan pengorekan jalan yang boleh didapati dari Tingkat 3 Jabatan Kejuruteraan dan menyertakan dokumen-dokumen berikut:
 
      i.          Pelan jajaran dan pelan terperinci cadangan pengorekan yang disahkan oleh Jurutera Bertauliah (termasuk Underground Mapping).
     ii.          Pelan Pengurusan Lalulintas (TMP) bagi lokasi-lokasi yang sibuk.
   iii.          Sijil Seminar Perparitan berkualiti daripada kontraktor yang akan menjalankan kerja-kerja pengorekan jalan.

 

KAEDAH PENGOREKAN YANG DIBENARKAN
1.    Penerowongan (HDD) / Pipe Jacking
2.    Korekan Terbuka ( Open Cut)
 

 

PROSEDUR UNTUK MENJALANKAN KERJA PENGOREKAN :
1.    Permohonan yang lengkap akan diproses oleh Jabatan Kejuruteraan termasuk pengiraan jumlah cagaran pembayaran deposit yang perlu dibayar oleh pemohon.
 
2.    Permit pengorekan jalan hanya akan dikeluarkan setelah pembayaran cagaran dilaksanakan oleh pemohon.
 
3.    Kerja pengorekan hanya boleh dilaksanakan sepanjang tempoh sah permit sahaja.
 
4.    Ujian California Baring Ratio (CBR) dan Ujian Ketebalan Turapan (Coring Test) perlu dilaksanakan selepas kerja pemadatan dan menurap semula lokasi yang dikorek selesai.
 
5.    Selepas enam (6) bulan, pemohon boleh mengemukakan surat tuntutan cagaran bayaran deposit dengan mengemukakan resit asal bayaran.
 :: Soalan-soalan yang berkaitan

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON? APAKAH KAEDAH PENGOREKAN YANG DIBENARKAN? BAGAIMANA PROSEDUR UNTUK MENJALANKAN KERJA PENGOREKAN?

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada