Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
  MOHD HASSAN BIN AHMAD SALLEH   04-684 7724 hassan_salleh@penang.gov.my
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (LELAKI)  ( 25/01/2018 )
 KETERANGAN :
  1. Dapatkan Borang 1 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Lelaki) dengan percuma di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau boleh dimuat turun di dalam laman web jabatan ini.
  2. Permohonan mendapatkan kebenaran kahwin ini juga boleh dipohon melalui online di alamat http:// emunakahat@penang.gov.my Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
 Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :-
  • Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon duda).
  • Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon memeluk Islam).
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
  • Surat kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen (bagi bukan warganegara)
  • Pengesahan ketulinan dokumen oleh Kementerian Luar Negara Malaysia (bagi bukan warganegara)
  • Kebenaran Berkahwin Lelaki
  • Surat kelulusan berkahwin  daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen(bagi bukan warganegara).
  • Kebenaran Berkahwin Lelaki.
  • Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. 
  • Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani.  Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan. 
  • Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin.  Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon. 
  • Surat kelulusan berkahwin  daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen(bagi bukan warganegara).
  • Kebenaran Berkahwin Lelaki.

 


 

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
kahwin_lelaki.pdf Borang Permohonan Berkahwin Lelaki
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
  • http://emunakahat.penang.gov.my