Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
  MOHD HASSAN BIN AHMAD SALLEH   04-684 7724 hassan_salleh@penang.gov.my
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (PEREMPUAN)  ( 25/01/2018 )
 KETERANGAN :
  1. Dapatkan Borang 2 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Perempuan) percuma di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau boleh dimuat turun dari laman web jabatan ini.
  2. Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :
  • Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon janda).
  • Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon memeluk Islam).
  • Salinan Sijil Perakuan Nikah Ibu Bapa Kandung.
  • Surat Akuan Bersumpah jika Salinan Sijil Perakuan Nikah Ibu Bapa tidak ada.
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
  • Borang wakalah wali ( jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah)
  • Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia).
  • Kebenaran Berkahwin Perempuan.
  1. Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. 
  2. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani.  Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan. 
  3. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin.  Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon. 
 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
Borang18(Scan).pdf Prosedur Permohonan Salinan Surat Nikah / Cerai / Ruju\'
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
  • http://emunakahat.penang.gov.my