Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN MSNPP  ( 16/03/2016 )
 KETERANGAN :

TEMPAHAN PERKHIDMATAN BAS/COASTER

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mempunyai 2 buah bas berkapasiti 40 tempat duduk dan 1 buah bas jenis coaster berkapasiti 26 tempat duduk.

Penggunaan perkhidmatan Bas/Coaster Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang hanyalah dikhususkan serta dikhaskan untuk kegunaan atlet-atlet negeri Pulau Pinang dan persatuan sukan negeri yang bernaung di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Pengecualian penggunaan hanya diberikan kepada jabatan serta agensi kerajaan sekiranya tempoh waktu penggunaan tersebut tidak berselisih dengan mana-mana penggunaan untuk penyertaan pertandingan oleh atlet-atlet Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Syarat-Syarat Penempahan :

1. Tempahan Bas/Coaster hendaklah dibuat dua minggu sebelum program / kejohanan / pertandingan / penggunaan. Pihak tuan/puan adalah disaran untuk berhubung terus dengan Pegawai Pengangkutan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu melalui telefon di talian 04-6593713 / 14 / 15 untuk memeriksa jadual pergerakan bas/coaster yang dikehendaki.

2. Sekiranya tiada pergerakan bas/coaster didaftarkan dalam rekod pergerakan, pihak tuan/puan boleh memohon terus kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang menggunakan borang penempahan yang boleh didapati dari laman sesawang iDirektori Kerajan Negeri Pulau Pinang ini.

3. Faks salinan borang yang lengkap diisi ke Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang di talian faks : 04-6595996.

4. Sebarang pengesahan kekosongan bas/coaster ataupun penerimaan borang faks yang lengkap tidak membawa maksud kelulusan penggunaan.

5. Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan meneliti terlebih dahulu permohonan tersebut dan keputusan tempahan akan dimaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya dalam masa 3 hari selepas tarikh penerimaan borang faks yang lengkap.

6. Penggunaan bas/coaster Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang adalah tertakluk kepada kadar sewaan penggunaan, tambang tol, harga penggunaan minyak dan meliputi kos penginapan pemandu, elaun makan pemandu dan elaun kerja lebih masa pemandu yang akan dimaklumkan melalui sebutharga rasmi keputusan dari pihak majlis kepada pemohon.

7. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Pengangkutan MSNPP - Cik Mastura Bt. Shaharin di talian 04-6593713/14/15

 :: Soalan-soalan yang berkaitan

Adakah perkhidmatan pengangkutan MSNPP dibuka kepada penggunaan luar?

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
Borang_Penggunaan_Bas_MSNPP_(Hijau).pdf Borang Tempahan Bas MSNPP
Borang_Penggunaan_Coaster_MSNPP_(Biru).pdf Borang Tempahan Coaster MSNPP
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
  • http://msnpp.penang.gov.my